Friday, March 9, 2007
BENDERA MALAYSIA
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Thursday, March 8, 2007
SAJAK PATRIOTISME
NEGERIKU
mana ada negeri sesubur negeriku?
sawahnya tak hanya menumbuhkan padi, tebu, dan jagung
tapi juga pabrik, tempat rekreasi,
dan gedung perabot-perabot orang kaya didunia
dan burung-burung indah piaraan mereka berasal dari hutanku
ikan-ikan pilihan yang mereka santap bermula dari lautku
emas dan perak perhiasan mereka digali dari tambangku
air bersih yang mereka minum bersumber dari keringatku
mana ada negeri sekaya negeriku?
majikan-majikan bangsaku
memiliki buruh-buruh mancanegara brankas-brankas ternama
di mana-mana menyimpan harta-hartaku
negeriku menumbuhkan konglomerat
dan mengikis habis kaum melarat rata-rata
pemimpin negeriku dan handai taulannya terkaya di dunia
mana ada negeri semakmur negeriku
penganggur-penganggur diberi perumahan gaji dan pensiun setiap bulan
rakyat-rakyat kecil menyumbang negara
tanpa imbalan rampok-rampok dibri rekomendasi
dengan kop sakti instansi maling-maling diberi konsesi
tikus dan kucing dengan asyik berkolusi
(Mustofa Bisri 1414)
HARI KEMERDEKAAN
Hari Kebangsaan Malaysia
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan British sejak 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Wednesday, March 7, 2007
Patriotisme - bagaimana generasi muda
Benarkah generasi muda tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi ? Dakwaan ini dibuat berdasarkan gejala sosial yang kian parah melanda remaja kita masakini. Bagaimana pula pendapat anda ?
Kepentingan Mempelajari Sejarah
Sejarah amat penting untuk dipelajari kerana melaluinya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri serta ada nilai-nilai patriotisme yang tinggi. Mempelajari sejarah juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan boleh mengambil ikhtibar dari peristiwa masa lalu agar tidak mengulangi kesilapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)